!!!AWAS!!!
SEMUA isi kandungan di blog ini adalah luahan isi hati penulis sendiri..
Kalau tak suka, sila JANGAN baca
Blog ini adalah utk diri sendiri je..hehe

Thursday, January 29

Sebab

Sebab aku menyesal
Dengan apa yang aku pernah buat suatu ketika dahulu
Sebab aku jahil
Sebab aku hanya pendosa
Sebab iman aku lemah
Sebab aku biarkan diri aku hanyut
Dibuai nafsu
Aku tahu benda tu salah
Tapi aku tutup mata
Aku biarkan diri aku terseksa
Tanpa berfikir kesan bakal merana
Sebab aku biarkan
pintu hati aku tertutup
dari hidayah
Sebab
Aku
Jahil
Aku lemah
Aku biarkan syaitan dan nafsu
menguasai diri
Sekarang
Baru aku sedar
Menyesal takda guna
Aku hanya mampu bertaubat
Sebab aku tak tahu bila ajal aku
Sebab aku tahu dosa aku terlalu banyak
dan terlalu besar
Tak tahu Allah terima ke tak
Sebab aku tak rasa
Diri aku layak jadi ahli syurga kelak
Sebab aku berdosa :'(
Aku biarkan diri aku berdosa
Sebab sekarang baru aku sedar
Menyesal ibarat minum racun
Tak boleh patah balik
Walau apapun, kena tanggung kesannya


Sunday, January 4

Siti Nur Fatihah :)

Assalamualaikum wbt
Siapa tak terharu kan
Allah pinjamkan kita seorang kawan bila kita perlukan teman
And 'kawan' tu hargai kita sebagai seorang'sahabat'
This is a true friendship :)

Kenal masa dekat kem PLKN. Tak pernah terfikir pun akan rapat. Haha. baru baru dulu aku orang pertama bangun..pastu dia orang kedua..and kitaorang akan pergi tandas sesama laa.. nak mandi..sebelum yg lain bangun sebab masa suntuk nak tunggu orang lain kan..
Tapi bila da lama2, dia je bangun sensorang..aku malas nak bangun first..sebab aku da terbiasa mandi lepas pt pagi sebab tak nak breakfast. Haha but aku basuh muka and gosok gigi okay. Anyhow, Teha ni sebenarnya pemalu and pendiam orangnya...da pendiam, bole agak la kalau dia jenis yg memendam jugak kan..and so dia banyak jugak la luahkan kat aku.. yeh i love it when people trust me..rasa dihargai tahu tak..and perasaan dihargai ni tak ternilai and tak boleh dibeli.

Teha, kita rindu awak. thank you for all your continuous emails, yeah all those kinda buatkan kita macam nak nangis...never thought i'd say this, but kita rindu kem. kita rindu nak buat semua benda bertemankan awak..sebab awak kawan yang ada masa kita susah senang kat kem..when orang dengki and tak percaya kita, awaklah satu2nya orang yg percayakan kita..and selalu buat kita senyum balik and semangat nk teruskan hidup dekat kem. (you have to understand hidup tanpa fon seminggu nak luahkan dekat sapa cerita harian? takkan nak pendam semua pastu luah hujung minggu?) Nak go through a rough week kena jugak la ada pemberi semangat. Sebab aku jenis yang kalau down, memang down habis laa..vulnerable punya orang. and aku jenis yang cepat memberontak, so memang hargai sangat Allah pinjamkan Teha sepanjang kem ni.

Teha, kita rindu awak nyanyi untuk kita...bila kt dewan makan orang nyanyi buat kita malu, masuk dorm awak akan nyanyi kat katil kita, and awak yang ajar kita makan maggi memalam kan? haha And beli pewangi untuk dorm supaya baju stay wangi..ahhhh rindunyaaaa...orang kata baju baru basuh padahal pewangi tu..And bila lunch, walaupun kelas kita keluar lambat, awak tetap akan setia tunggu kita dulu..buatkan kita tak sampai hati taknak makan..haishhh sayangku padamu sungguh tidak terungkai dengan kata2 laa Teha..Bila baca each and every one of your email yang tak kira panjang ke pendek, ber-attached-kan gambar ke tak kita tetap terharu nak nagis baca and tak pernah kurang rasa rindu kat awak.

Ingat lagi masa khidmat komuniti kita paling beriya nak minum air manis? haha lepas baris je kita laju je pegi kiosk jual air and beli tiga jenis air..sampai kena tegur dengan budak laki kata kesian da lama tak minum air manis..and bila awak nak beli pizza kita beriya nak suruh beli yang besar..beli apam balik pun kita tamak beli banyak..and baring atas rumput konon romantik laa..haha ya Allah rindunyaaa Teha..sekarang semua tu tinggal kenangan je..walaupun kita macam bersifat sangat kebudak-budakan masatu (haha sepanjang kem kot manja dengan awak) tapi kita tak menyesal pun sebab kita tahu awak terima kita and sayang kita seadanya..hahaha

Teha ni pemaluyang kalau berkawan, dengan orang sebelah je and cakap pun slow2 volume dia..comel betul..haha..tapi disebabkan sifat dia yang baik ni, orang boleh pijak2..ingat aku senang ke kalau kawan sendiri kena? since aku paling rapat dengan dia, aku yang selalu push dia suruh berani, and just bagitahu kalau tak puas hati..and day by day, makin nampak perubahan dia and im so proud of her..hehe sekarang, dia paling aktif jadi BSKN and alahai comel je :')

gambar pasport aku yang haishhh memalukan pipi telebih yeast tembam dia simpan lagi..and kertas kuning disebalik surat aku tu sebenarnya tampal kat locker..ntah macamana dia boleh simpan lagi..comel betul laaa dia ni..simpan benda2 yang remeh temeh jadi macam sweet tau tak?